Dashboard | +Follow
Glimmer Pearl




...is it u ?
07 May 2012 | 05:43 | 1 comments
Assalamualaikum wahai kekasihku,
     Sudah jauh aku membawa diri untuk melupakan engkau, tapi entah mengapa setiap kali aku cuba, acap kali kau bermain difikiran aku. Mengapa? Mengapa kau begitu istimewa di hati aku. Sedangkan tidak pernah pun engkau bertanya khabar tentang diriku. Aku sendirian disini. Sedangkan dikau gelak ketawa disana. Menjalani hari2 yang indah. Bersama-sama teman sahabat mahupun keluarga yang dikau sayangi. Aku berasa begitu kehilangan sejak kau pergi dari hidup aku. Kau sering berlegar2 dalam fikiran aku. Sering bermain dalam mimpi aku. Entah mengapa, aku sering mimpikan saat2 aku bersama kau. Meskipun sudah lama engkau meninggalkan aku. Hati aku hanya menerima kau. Seorang insan yang tak pernah aku lupakan. Aku tersenyum sinis apabila melihat update status kau di Muka buku. Aku hanya berdiam, melihat dari sudut yang tersembunyi. Aku tidak mahu kau perasan akan kehadiran aku. Tika kau bermesra dengan mereka, aku rasa berada jauh sekali dari kau. Kenapa ? Adakah aku masih menaruh harapan terhadap kau ? Adakah itu dinamakan Cinta? Aku sendiri tidak mngetahui. Aku sendiri tengah mencari. Keseorangan mencari erti yang sebenar.

     **will be continue ;)


Older Post | Newer Post