.....;)
23 April 2012 | 07:00 | 0 comments
Assalamualaikum. setelah sekian lama menyepi tanpa sebarang update. aku telah lalui saat2 yang sukar. tapi tiada sesaat pun untuk aku meluahkan rasa yang terbuku di dalam hati aku ini.Hanya aku dan Allah sahaja yang mengetahui. Terima kasih Ya Allah. Kau telah kuatkan hati aku. Tabahkan diri aku untuk menghadapi segala cabaran yang datang. Aku tidak akan pernah lupa untuk bersyukur.Alhamdulillah. Walaupun perit tetap aku telan juga. Selagi aku bernafas selagi itu aku akan terus berjuang. Bantu aku Ya Allah.Lindungi aku. Disaat ini dan selamanya aku amat memerlukan Kau disisi aku. Kini aku semakin kuat. Walaupun aku kehilangan orang yang aku sayang. Tapi tidak mengapa. Aku masih kuat. Hanya kenangan dan saat indah bersama dia tidak aku lupakan. Aku berterima kasih kepada kau teman. Semasa bersama aku, kau banyak bagi dorongan dan sokongan untuk aku terus berjuang. Kepergian kau bagi aku sungguh menghampakan aku. Tapi atas erti kata lain. Jodoh serta pertemuan dan perpisahan itu adalah takdir-Nya. Sebgai manusia kita hanya mampu berserah kepadanya. Jika ito bukan kehendak-Nya. Apakan daya kita cuma manusia yg kerdil. tidak mampu menghalang ketentuan dari-Nya. Aku semakin kuat dan akan terus kuat. Itu janji aku kepada diri aku.#justmakeyourlifemostbeautiful ;)






.jpg)